Program Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah Ke Pejabat Ko-Nelayan Wilayah Tawau
Ahli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Ko-Nelayan Wilayah Tawau pada 12 Ogos 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pengurusan tertinggi untuk turun padang meninjau operasi di peringkat wilayah.
Lawatan ini memberi peluang kepada Ahli Lembaga Pengarah untuk meninjau dari dekat pengurusan, kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Wilayah Tawau kepada komuniti nelayan dan usahawan bimbingan KO-NELAYAN di wilayah tersebut, di samping bertukar pandangan bersama kakitangan wilayah mengenai cabaran dan keperluan semasa.
Sesi ini turut menjadi ruang bagi pengurusan tertinggi mendengar input daripada barisan kakitangan wilayah dalam usaha memperkukuh lagi penyampaian perkhidmatan KO-NELAYAN kepada komuniti nelayan di Tawau dan sekitarnya.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerja antara pihak pengurusan tertinggi dan kakitangan di peringkat wilayah, seterusnya menyokong hasrat KO-NELAYAN dalam memperkasakan industri perikanan dan kesejahteraan komuniti nelayan di seluruh Sabah.
#konelayansabah
#penerajutransformasinelayan